Encik Maksul Saidi merupakan kakitangan Kementerian ini yang bertugas di Bahagian Audit Dalam yang juga merupakan ahli seumur hidup BKI-KKNS. Beliau akan bertolak ke tanah suci Mekkah pada 29hb Julai 2018. Semoga beliau diberi kesihatan dan keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik serta semasa berada ditanah suci. Sama samalah kita berdoa agar beliau akan memperoleh Haji Mabrur..insyaallah...aminn
BKI-KKNS mengadakan satu majlis penyerahan sumbangan khas untuk ahli kepada En.Maksul Saidi pada 18hb Julai 2018 jam 09:00 pagi. Majlis penyerahan telah dilangsungkan di Pejabat Tuan Haji Kaim Kalimin, Timbalan Setiausaha Tetap [Pengurusan] Tingkat 6, Blok C, PPNS.
Tuan Hj. Kaim Kalimin sendiri selaku Pengerusi BKI-KKNS yang menyempurnakan penyerahan tersebut. Majlis turut dihadiri oleh Puan Fauziah Hj. Bustamam [Biro Muslimah], Encik Jasni Abu Suffyan Omar [Biro Kebajikan], Hjh. Roselidah Binti Raskan [Biro Ziarah], Puan Painis Alip [Penolong Bendahari] dan Encik Mohammad Hanafi Datuk Hj. Semion [Biro Seranta].
No comments:
Post a Comment